Friday, February 20, 2009

melayu

satu hari aku sedang mencari satu info pasal kaum melayu..
kaum aku sendiri..
aku bukak google,lalu aku taip melayu..
aku sedih,kecewa,terpaku malu sejenak bila aku melihat semua ni di google search di page yg pertama:

'skandal awek MELAYU boleh'
'gadis MELAYU bertudung beromen di youtube'
'certita sex MELAYU'
'sex MELAYU|MELAYU boleh'
'tengok MELAYU bogel'

cuma ada seberapa je info pasal melayu dan ketuanan melayu di wikipedia...
kenapa nih??
dah xde benda laen ke yg org boleh tahu pasal melayu??

nape xde info2 mcm ni kat google search di page yg pertama:

'anak MELAYU cipta rekod dunia'
'MELAYU kaum cemerlang'
'MELAYU hapuskan budaya barat'


nape xde semua nih???

kaum Melayu sekarang pon kena maki,kena bedal ngan kaum lain..

kata Hang Tuah 'TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA'

kata2 ni kadang2 buat aku tergelak..
apa guna kalo ade di dunia tapi dipijak oleh kaum lain..

aku sokong dengan kata2 Malique..
die pernah berkata "Ya.. Takkan Melayu Hilang di Dunia, Tapi Apa Guna Tak Hilang di Dunia Kalau Kewujudan Tak Dirasa"

----------------------------------------------------------------------------------------------

Kita banyak ketinggalan dari pelbagai aspek...

Ekonomi

Politik

Sukan

Muzik

DAN BANYAK LAGI!!!

-----------------------------------------------------------------------------------------------

lihatlah dari aspek sukan..
NO 1 dunia dalam skuasy = bukan melayu
NO 1 dunia dalam badminton = bukan melayu
jaguh renang negara = bukan melayu


ade beberapa sukan yg Melayu hebat..
mcm berbasikal,silat,equestrian..
kebanyakan orang Melayu main bola sepak dalam Liga Super dan Liga Perdana..
main hancur,gaji mintak lebih plak!
berita pasal karier xseberapa tapi berita kontroversi kahwin kt luar negara yg jd bualan org!

cuba tengok Nicol David,wirawati skuasy negara..
ade ke berita die mintak gaji lebih bila dh dpt NO 1 dunia?
bila dia di puncak,die ada skandal ngan sesape ke?


-----------------------------------------------------------------------------------------------

aku tertarik dgn kisah yg pernah diceritakan oleh lecturer Malaysian Studies aku..
die cakap ade seorang wanita Inggeris ni pernah membuat satu portfolio pasal Melayu di Tanah Melayu sebelum zaman colonial Inggeris..
wanita Inggeris ni membezakanrumah kaum Melayu di Tanah Melayu pada masa itu dengan rumah Inggeris di London..
selepas membuat portfolio ini, die membuat kesimpulan bahawa kaum Melayu ni adalah kaum yg MALAS!

kita dpt nmpk perangai kaum kita memang mcm ni dari dulu lagi..

patotla kita dijajah dari dulu hingga sekarang walaupon corak jajahnnya berlainan..

-----------------------------------------------------------------------------------------------

huh.. cukup la aku cerita pasal kaum ku yg tercinta ni..
aku syg kaum aku..
aku sendiri pon xnk aku ngan kaum ku ni jd hamba di tanah sendiri..
aku sedih..

Usman Awang pernah berpesan dalam sajak yang bertajuk 'MELAYU':
"Jangan takut melanggar pantang,
Jika pantang menghalang kemajuan,
Jangan segan menentang larangan;
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan,
Jika percaya kepada keadilan;
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara merdeka"


RENUNGKANLAH WAHAI KAUMKU...................................

1 comment:

gelapcerah said...

aku dah letih..

kalo nak bawak melayu memang x kemana..
kerana definisi melayu trerhad..

melayu tiada ideologi,
melayu tiada undang2
melayu tiada ilmu

melayu hanyalah sebuah patung yang perlu kita warnakannya

soalnya, warna bagaimana yang ingin kita letak?

aku memilih yang lebih global..
yang menjadi bahtera penyelamat manusia

dan pasti, ia bakal menyelamatkan melayu




*aku tidak bermaksud politik, PAS atau sbgnya.. Islam jauh lebih hebat dari itu