Tuesday, February 17, 2009

mana identiti muzik melayu sekarang?

Bila teringat sejarah muzik di Malaysia..
Mesti aku teringat identiti muzik yg sgt terkenal tidak lama dulu..

Sebagai contoh, pada 1950-an..
Arwah P.Ramlee telah menetapkan satu identiti muzik yg sgt menarik perhatian umum dari dulu hingga sekarang..
Identiti muzik P.ramlee boleh dikatakan 'berhantu' kerana merasuk ramai org..

Pada 1960-an pula wujud satu identiti muzik baru yang dinamakan 'pop yeh yeh'
Waktu tu muzik kita sangat popular di Malaysia,Indonesia dan Brunei..
Irama pop yeh-yeh menguasai dunia muzik Melayu dari tahun 1965 hingga 1971. Pop yeh-yeh merupakan kesan pengaruh hebat daripada kumpulan British, The Beatles ke atas industri muzik Melayu zaman itu. Malah, istilah pop yeh-yeh diambil daripada judul lagu popular The Beatles, She Loves You - Yeh, Yeh, Yeh.
Waktu tu ramai penyanyi pop yeh yeh yg terkenal spt M.Osman,A.Ramli,L.Ramlee,A.Halim,A. Rahman Hassan dan laen2 lagi..



Pada era kegemilangan muzik Rock 80an, sebut sahaja rock, banyak kumpulan Rock yang tumbuh bagaikan cendawan. Selain Search dan Wings yang menjadi kegilaan remaja pada zaman tersebut. Kalo kita tgk cerita Rock arahan Mamat Khalid, semua tu merupakan slh satu pengalaman utk menubuhkan 1 kumpulan rock yg berjaya. Sejarah kumpulan Rock Malaysia bermula secara meluas pada akhir tahun 1980-an. Ini adalah bahang dari budaya muzik rock barat yang mendorong kemunculan kumpulan rock tempatan. Kemunculan kumpulan rock tempatan menjadi semakin galak berkembang dengan terdapatnya pertandingan peringkat kebangsaan.




Bila dh masok tahun 1990,satu fenomena baru telah tercipta. Remaja yang melalui zaman 90-an dulu2,pasti pernah teruja dengan demam Rap sama ada minat atau tidak,mereka telah melalui pengalaman berkumandang irama rappers yg dimeriahkan dgn lagu2 dari kumpulan KRU,4U2C,NICO,BOYZ,FEMININ,RES'2,M'STEEN dan lain2. Zaman tu fesyen rap melanda dengan baju dan seluar saiz L. Ada juga yg gantung CD kat leher lambang G Rap. Waktu tu aku masih kecil.. Tapi aku pon xterkecuali utk meminati muzik Rap nih. Aku igt lg,waktu aku umur
3 thn. Aku dpt tempat ke-2 dlm pertandingan menari yg dianjurkan kumpulan KRU.




Tapi bila dh masuk tahun 2000, muzik Malaysia dh mula hilang arah tuju...
Dh mcm2 jenis lagu diketengahkan..
Dah xtahu apakah identiti muzik kita sekarang sebab macam-macam unsur yang cuba diketengahkan sehingga identiti muzik kita hilang begitu saja..
Sampai bila muzik kita asyik terikut-ikut dengan muzik2 barat???

Siapa yang harus dipersalahkan???

Apa yg terjadi pada identiti muzik kita bila kita tua nanti???

No comments: